Sunday 4 December 2011

PERINGKAT MEKANIS


Topik selanjutnya ialah peringkat mekanis.  murid perlu menguasai kemahiran memegang pensel ( dari saiz besar ke saiz kecil ) serta boleh duduk dengan betul untuk membentuk lembang-lembang tulisan.Pada awalnya, murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai garisan, latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal dan latihan menulis huruf di atas kertas bergaris bagi menghasilkan tulisan yang seragam. Selepas itu murid diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar contohnya 'a' - ayam , ayah, adik .



Contoh alat tulis









Kemahiran memegang pensel



Postur badan semasa menulis





Kemahiran menulis di atas kertas






Contengan yang mungkin dihasilkan oleh murid




Contoh gambar untuk memperkenalkan lambang 'a'

ayah                                         ayam 

                                                                           

                                                                               adik

  

Tuesday 22 November 2011

Kemahiran pratulisan Pendidikan Khas

Kelas                  :   Pendidikan Khas

Mata pelajaran    :   Bahasa Melayu

Tajuk                :   Tulisan

Subtajuk           :   1 ) Kemahiran Pratulisan
                           
                           a ) mengerakkan tangan, pergelangan tangan dan jari-jari.
                          
                          b )  Mengenal alat tulis

                                Penggunaan berbagai-bagai jenis alat tulisan dan
                                kedudukan semasa menulis.

                         c)  Koordinasi mata dan tangan
                        
                              Latihan koordinasi mata dan tangan semasa menulis.
     
                        2 )  Kemahiran Menulis
    
                                            Huruf a
                                           

   Tugasan ini dirancang mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah di bawah mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu 6.) Tulisan .
 
  Kemahiran menulis terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat pra-tulisan, peringkat mekanis dan peringkat pelahiran.  Kali ini kita akan bincangkan peringkat pertama iaitu pratulisan. Pelbagai latihan otot-otot ( mata kasar), tangan dan jari ( motor halus) serta koordinasi tangan dan mata diberi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk . Murid disediakan dengan aktiviti pratulisan sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan-latihan pergerakan tangan diberikan contohnya latihan mengenggam , menguli, menggentel dan meramas.

Contoh bahan.

                        Doh yang diperbuat dari tepung


Beri soalan tentang bentuk apa yang boleh dilakukan dari doh yang diberi.





Mungkin ini yang mereka boleh jawab

Setelah mahir  mereka boleh melakukan aktiviti pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan melibatkan koordinasi mata dan tangan. Antara aktivitinya adalah latihan membentuk garisan lurus dan membentuk corak-corak .

Contoh lembaran kerja
           

Monday 24 October 2011

Pembuka Bicara

Salam 1 Malaysia,


Blog ini bertujuan untuk menambah kenalan dan bertukar pandangan serta idea dalam menambahbaik ilmu sebagai pendidik.