Tuesday, 22 November 2011

Kemahiran pratulisan Pendidikan Khas

Kelas                  :   Pendidikan Khas

Mata pelajaran    :   Bahasa Melayu

Tajuk                :   Tulisan

Subtajuk           :   1 ) Kemahiran Pratulisan
                           
                           a ) mengerakkan tangan, pergelangan tangan dan jari-jari.
                          
                          b )  Mengenal alat tulis

                                Penggunaan berbagai-bagai jenis alat tulisan dan
                                kedudukan semasa menulis.

                         c)  Koordinasi mata dan tangan
                        
                              Latihan koordinasi mata dan tangan semasa menulis.
     
                        2 )  Kemahiran Menulis
    
                                            Huruf a
                                           

   Tugasan ini dirancang mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah di bawah mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu 6.) Tulisan .
 
  Kemahiran menulis terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat pra-tulisan, peringkat mekanis dan peringkat pelahiran.  Kali ini kita akan bincangkan peringkat pertama iaitu pratulisan. Pelbagai latihan otot-otot ( mata kasar), tangan dan jari ( motor halus) serta koordinasi tangan dan mata diberi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk . Murid disediakan dengan aktiviti pratulisan sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan-latihan pergerakan tangan diberikan contohnya latihan mengenggam , menguli, menggentel dan meramas.

Contoh bahan.

                        Doh yang diperbuat dari tepung


Beri soalan tentang bentuk apa yang boleh dilakukan dari doh yang diberi.





Mungkin ini yang mereka boleh jawab

Setelah mahir  mereka boleh melakukan aktiviti pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan melibatkan koordinasi mata dan tangan. Antara aktivitinya adalah latihan membentuk garisan lurus dan membentuk corak-corak .

Contoh lembaran kerja