Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Tulisan
Subtajuk : 1 ) Kemahiran Pratulisan
a ) mengerakkan tangan, pergelangan tangan dan jari-jari.
b ) Mengenal alat tulis
Penggunaan berbagai-bagai jenis alat tulisan dan
kedudukan semasa menulis.
c) Koordinasi mata dan tangan
Latihan koordinasi mata dan tangan semasa menulis.
2 ) Kemahiran Menulis
Huruf a
Tugasan ini dirancang mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah di bawah mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu 6.) Tulisan .
Kemahiran menulis terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat pra-tulisan, peringkat mekanis dan peringkat pelahiran. Kali ini kita akan bincangkan peringkat pertama iaitu pratulisan. Pelbagai latihan otot-otot ( mata kasar), tangan dan jari ( motor halus) serta koordinasi tangan dan mata diberi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk . Murid disediakan dengan aktiviti pratulisan sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan-latihan pergerakan tangan diberikan contohnya latihan mengenggam , menguli, menggentel dan meramas.
Contoh bahan.
Doh yang diperbuat dari tepung
Beri soalan tentang bentuk apa yang boleh dilakukan dari doh yang diberi.
Mungkin ini yang mereka boleh jawab
No comments:
Post a Comment